Podcast: Jack The Ripper Penceritaan: Tajuk podcast yang telah aku pilih merupakan tentang Jack the Ripper iaitu seorang pembunuh paling terkenal di dunia. Penceritaan: Cerita podcast ini telah aku pilih dari channel youtube kerulseries. Kerulseries merupakan seorang youtuber yang mempunyai seramai 546ribu pengikut dan telah memuat naik sejumlah 137 video ke channel youtubenya. Nama sebenar beliau ialah khairul hazwan. Tapi aku tidak dapat mencari latar belakang yang lebih lanjut tentang beliau. Khairul mula membuat video pada tahun 2020 iaitu bulan mei 28 haribulan. Kerulseries merupakan channel yang menceritakan tentang misteri dan kisah seram yg kebanyakannya dari luar negara. Daripada 137 video yg terdpt dlm channel tersebut, aku tertarik dgn kisah jack the ripper yg sudah dimuat naik kerulseries pd disember 30 2021. Aku memang seorang yg minat ttg kisah pembunuhan dan aku juga selalu terdengar tentang jack the ripper semasa kecil dalam u...
Terdapat 5 elemen asas grafik MUDAH WARNA TEKS KESESUAIAN KESEIMBANGAN ELEMEN: MUDAH Tema: Buah Rujukan: http://digital-photography-school.com Gambar tersebut mempunyai elemen unsur mudah kerana ia memaparkan unsur yang ringkas tanpa menggunakan tons warna serta corak yang banyak. Seseorang yang melihat fotografi ini juga akan memahami dengan lebih jelas dalam masa yang singkat mengenai kandungan gambar tersebut. Tema: Makanan Rujukan: Fathin Hasanah Gambar tersebut mempunyai elemen unsur mudah kerana visual iaitu kek coklat strawberi tidak dikaburi oleh mana-mana objek lain yang berada di latar belakang. Seseorang akan fokus kepada komponen yang penting sahaja dan akan faham dengan lebih mudah kandungan gambar tersebut. ELEMEN: WARNA Tema: Musim Rujukan: http://unsplash.com Imej ini memfokuskan elemen grafik warna. Tons warna yang terpapar di gambar adalah sangat menonjol memudahkan kesampaian mesej kepada yang melihat. Bagi gambar ini, mesej yang hendak disampaikan...
Ketika dan Kalimat Amali minggu 14 yang terakhir bagi kelas Multimedia dalam Bahasa yang dikendali oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Akhirnya... akhirnyaa bebas daripada tugasan-tugasan yang memening kepala serta memenatkan badan. Walaupun tugasan yang diberikan adalah kadangkala berat untuk dipikul, namun tetap seronok melihat hasil akhir daripada sendiri serta berkumpulan. Memang tidak semua tugasan berkumpulan dapat dibincangkan dengan sempurna. Kadang-kadang timbul juga perselisihan faham antara ahli. Dan antara masalah antara ahli yang kerap buat kami pening adalah masalah ada yang ahli duduk di rumah dan ada yang duduk di kolej. Kadang macam terfikir kenapa tidak membuat pengumuman pada awal semester sebelum proses kuliah bermula bahawa subjek ini banyak memerlukan kumpulan. Jika tidak, tidak perlulah kami serta kumpulan lain pening kepala berfikir tentang isu ini. Tapi tak mengapalah, semua sudah lepas. Dan kerja berkumpulan yang paling aku suka adalah apabila merekod video...
Comments
Post a Comment