Podcast

 Podcast: Jack The Ripper



Penceritaan:    Tajuk podcast yang telah aku pilih merupakan tentang Jack the Ripper iaitu seorang pembunuh paling terkenal di dunia. 


Penceritaan: Cerita podcast ini telah aku pilih dari channel youtube kerulseries. Kerulseries merupakan seorang youtuber yang mempunyai seramai 546ribu pengikut dan telah memuat naik sejumlah 137 video ke channel youtubenya. Nama sebenar beliau ialah khairul hazwan. Tapi aku tidak dapat mencari latar belakang yang lebih lanjut tentang beliau. Khairul mula membuat video pada tahun 2020 iaitu bulan mei 28 haribulan. Kerulseries merupakan channel yang menceritakan tentang misteri dan kisah seram yg kebanyakannya dari luar negara. Daripada 137 video yg terdpt dlm channel tersebut, aku tertarik dgn kisah jack the ripper yg sudah dimuat naik kerulseries pd disember 30 2021. Aku memang seorang yg minat ttg kisah pembunuhan dan aku juga selalu terdengar tentang jack the ripper semasa kecil dalam umur belasan tahun. Jadi apabila aku terserempak dgn tajuk ini di youtube, aku terus menjadikannya sebagai tajuk podcast harini.



Penceritaan: Gelaran jack the ripper ni telah diberi sendiri oleh pembunuh ini. Namun sebelum nama gelaran jack diberi, penduduk telah mengelarkan pembunuh itu sebagai 'the whitechapel butcher' kerana pembunuhannya yg tlh dilakukannya adalah sekitar tmpt yg bernama whitechapel yg terletak di london. Dan knp penduduk disitu menggunakan butcher drpd gelaran spt whitechapel killer (pembunuhwhitechapel) atau whitechapel monster? Hal ini kerana, selepas membunuh, jack ni telah melampah kulit org yang telah dia bunuh seperti tukang sembelih haiwan dan mengeluarkan organ dalaman mangsa. Kejam tak kejam dia ni. 


Penceritaan: Canonical five ini ialah gelaran bagi 5 mangsa yang dipercayai penyiasat telah dibunuh kejam oleh Jack the ripper ini. Mangsa pertama merupakan Mary Ann Nichols yang berumur 42 tahun. Mary telah ditemui di whitechapel dgn leher dikelar, perutnya dibelah dan kesan luka di banyak bahagian badan. Lapan hari kemudiannya, penduduk whitechapel sekali lagi gempar apabila mayat seorang pelacur ditemui. Mangsa tersebut merupakan Annie chapman yang lahir pada tahun 1840. Kehidupan awal annie bermula apabila dia berpisah dgn suaminya dan dia membuat keputusan untuk berpindah ke whitechapel, london. Dia terpaksa menyara hidupnya dgn bekerja sbg pelacur. Pada 8 september 1888, mayat annie telah dijumpai di dorset street, london dgn kesan kelar dileher. Bukan itu sahaja, rahim annie juga telah dikeluarkan dan diambil pembunuh. Dari situ, doktor yang membuat bedah siasat membuat spekulasi bahawa pembunuh merupakan seorang doktor kerana kesan potongan yang dilakukan semasa hendak mengeluarkan rahim adalah sgt teliti spt cara doktor. Mangsa ketiga Jack the ripper dijumpai pada 30 september 1888. Elizabeth stride, yang lahir pada 1843 juga mempunyai permulaan hidup yang tidak begitu bahagia. Elizabeth juga pernah bekerja sebagai pelacur dan telah beberapa kali ditangkap oleh pihak polis. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke london. Nak dipendekkan ceritanya, elizabeth terpaksa juga bekerja sbg pelacur untuk menyara dirinya selepas berpindah ke london. Mayat elizabeth, 45 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di Dutfield yard kira-kira jam 1 pagi dengan leher dikelar. Pada malam itu pada hari yg sama elizabeth dibunuh, polis sekali lagi menjumpai mayat Catherine eddows yang terbaring berlumuran darah, lehernya dikelar dari dada ke kelangkang manakala isi perutnya terburai. Pada 9 november 1888, jack membunuh mangsa terakhirnya, mary kelly, berumur 25. mayat mary ditemui di jalan dorset dlm keadaan telanjang, seluruh kulit perut dan paha dilapah manakala isi perutnya dikeluarkan.


Penceritaan: Kes ini mengambil masa seratus tahun lebih untuk diselesaikan dan pelaku sebenarnya ialah aaron kosminski. Corak pembunuhan jack the ripper atau nama sebenarnya aaron kosminski boleh kita lihat pada pertamanya mangsa. Kebanyakan mangsa Aaron merupakan perempuan yg bekerja sebagai pelacur. Cara pembunuhan setiap mangsa juga sama. Pertama, mangsa dikelar lehernya. Keduanya, kesemua mangsa pasti akan mengalami kecacatan tubuh badan seperti organ dikeluarkan dan kulit disiat.








Bukti Kehadiran Amali Minggu 13 (24/6/2022)

Comments

Popular posts from this blog