Elemen Asas Grafik

 Terdapat 5 elemen asas grafik

  • MUDAH

  • WARNA

  • TEKS

  • KESESUAIAN 

  • KESEIMBANGAN


ELEMEN: MUDAH



Tema: Buah Rujukan: http://digital-photography-school.com

Gambar tersebut mempunyai elemen unsur mudah kerana ia memaparkan unsur yang ringkas tanpa menggunakan tons warna serta corak yang banyak. Seseorang yang melihat fotografi ini juga akan memahami dengan lebih jelas dalam masa yang singkat mengenai kandungan gambar tersebut.




Tema: Makanan
Rujukan: Fathin Hasanah

Gambar tersebut mempunyai elemen unsur mudah kerana visual iaitu kek coklat strawberi tidak dikaburi oleh mana-mana objek lain yang berada di latar belakang. Seseorang akan fokus kepada komponen yang penting sahaja dan akan faham dengan lebih mudah kandungan gambar tersebut.

ELEMEN: WARNA



Tema: Musim
Rujukan: http://unsplash.com 

Imej ini memfokuskan elemen grafik warna. Tons warna yang terpapar di gambar adalah sangat menonjol memudahkan kesampaian mesej kepada yang melihat. Bagi gambar ini, mesej yang hendak disampaikan ialah musim luruh kerana warna daun di pokok yang bewarna oren kekuningan yang menjadi simbol bagi musim tersebut.




Tema: Haiwan
Rujukan: Fathin Hasanah

Gambar ini memfokuskan elemen asas grafik warna. Terdapat 3 tons warna yang dapat dilihat di dalam foto ini iaitu kelabu, hijau dan kuning cerah.

ELEMEN: TEKS


Tema: Mural
Rujukan: http://bashooka.com  

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik teks. Cogan kata "Lookin' Good" menggunakan font dan saiz yang sama menjadikan seseorang yang melihatnya faham akan kandungan mural itu. Mural yang melingkungi cogan kata tersebut tidak terlalu padat sehingga menutupi teks.


Tema: Makanan
Rujukan: Fathin Hasanah

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik teks. Visual grafik yang dapat dilihat adalah sangat jelas kerana saiz dan fon yang digunakan adalah mudah dibaca. Walaupun huruf dipersembahkan diatas visual utama gambar ini, warna perkataan menjadikan kedua-dua huruf dan visual menonjol.

ELEMEN: KESESUAIAN


Tema: Haiwan
Rujukan: http://www.npr.org 

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini demikian kerana imej ini mempunyai kombinasi elemen visual serta tons warna yang sesuai. Latar belakang yang dikabur kamera menjadikan visual atau subjek imej ini lebih menonjol.



Tema: Makanan
Rujukan: Fathin Hasanah

Gambar makanan tersebut menggunakan elemen asas grafik kesesuaian. Visual makanan yang dipaparkan adalah bersesuaian dengan latar.

ELEMEN: KESEIMBANGAN



Tema: Bangunan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/higM7hM4w7JcnQVZ9   

  Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Bangunan yang memenuhi bahagian kanan dan kiri gambar ialah seimbang. Bahagian atas iaitu langit dan awan juga seimbang dengan bahagian bawah gambar iaitu sungai kerana ia tidak melebihi ruang dari satu sama lain.


Tema: Pusat Peranginan
Rujukan: Fathin Hasanah

Gambar yang diambil mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Bahagian kanan dan kiri foto yang terdiri daripada jeram yang berbatu dan pokok adalah seimbang. Bahagian atas dan bawah juga seimbang.

Romulo Production:





Kehadiran kuliah Minggu 2 (30/3/2022)


Comments

Popular posts from this blog

Podcast