Ketika dan Kalimat

 Ketika dan Kalimat

Amali minggu 14 yang terakhir bagi kelas Multimedia dalam Bahasa yang dikendali oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Akhirnya... akhirnyaa bebas daripada tugasan-tugasan yang memening kepala serta memenatkan badan. Walaupun tugasan yang diberikan adalah kadangkala berat untuk dipikul, namun tetap seronok melihat hasil akhir daripada sendiri serta berkumpulan. Memang tidak semua tugasan berkumpulan dapat dibincangkan dengan sempurna. Kadang-kadang timbul juga perselisihan faham antara ahli. Dan antara masalah antara ahli yang kerap buat kami pening adalah masalah ada yang ahli duduk di rumah dan ada yang duduk di kolej. Kadang macam terfikir kenapa tidak membuat pengumuman pada awal semester sebelum proses kuliah bermula bahawa subjek ini banyak memerlukan kumpulan. Jika tidak, tidak perlulah kami serta kumpulan lain pening kepala berfikir tentang isu ini. Tapi tak mengapalah, semua sudah lepas. Dan kerja berkumpulan yang paling aku suka adalah apabila merekod video one shot. Pada one shot two layer dan three layer, semua ahli dapat bersama rekod. Jadi kami dapat membuat turutan dengan perbincangan sesama sendiri. Selain itu, aku makin pandai edit edit video. Hehe. Aku pun dapat asah kemahiran merekod video kerana kebanyakan ahli duduk di kolej, aku yang tolong rekod. Hmm apalagi ye. Haa.. Aku nak cerita pasal Romulo Production. Asal nama Romulo ni adalah daripada nama kucing di kolej kami..Kolej 14. Yang tukang bagi nama tu unik betulla bagi nama. Adui la kelakar pulak bila teringat semula bila diorang fikir nama untuk kumpulan. Aku ingat diorang main-main nak bagi nama Romulo. Sekali sungguh rupanya. Dan aku rasa bersyukur sebab dapat satu ahli dengan diorang. Tiada seorang pun yang jadi free rider. Semua orang beri kerjasama yang sangat terbaik. 


ROMULO PRODUCTION




Comments

Popular posts from this blog

Podcast