Asas Videografi | Video Lagu

Video Lagu

Video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengiku jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yan dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik. Adakalanya, video lagu ini disertakan dengan lirik lagu yang terletak di sebelah bawah. Tujuan lirik lagu disertakan adalah supaya aktiviti menyanyi bersama dilakukan. Terdapat juga video lagu yang disunting melalui drama ataupun filem. Hal ini berlaku kerana lagu tersebut merupakan lagu tema dalam drama atau filem tersebut. Video lagu ini berdurasi lebih kurang tiga minit ataupun mengikut durasi lagu yang dipilih.

Berikut merupakan link youtube video lagu kumpulan saya iaitu Romulo Production:



Penceritaan:
Aku tak boleh tahan gelak tengok roommate aku, Arifah berlakon. Dia punya Feel In Character tu membuatkan perut kami sakit sebab gelak sakan. Dan pelakon utama, Nazihah dan Amirul memang terbaik. Mereka punya chemistry dan sweet bukan main. Apa-apapun memang lakonan yang terbaik dari mereka dan aku (walau tak banyak). Kameraman (Shahira) pun punya aim angle tu memang ala-ala profesional dah.


Kehadiran Kuliah Minggu 9 (25/5/2022)


Comments

Popular posts from this blog

Podcast