Asas Videografi | Video Fokus/Tanpa Wajah

Video Fokus/Tanpa Wajah


Video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan. Video fokus memerlukan suntingan yang baik supaya lebih nampak jelas dan mudah difahami. Video fokus ini berdurasi dalam lebih kurang 3 minit ataupun mengikut durasi lagu yang dipilih. Contoh item atau anggota badan yang boleh difokuskan seperti tangan, kaki, beg, duit, kasut, botol air dan banyak lagi.

Berikut merupakan link youtube Video Fokus Kumpulan saya iaitu Romulo Production:




Penceritaan: 
Bahagian video yang aku rekod adalah bahagian ikat plastik sampah yang berisi surat dan lempar plastik tersebut ke sungai. Masa mula-mula nak rekod bahagian ini, aku tergelak sampai jatuh tepi tebing sungai dekat bahagian kolej ni sebab rasa macam buat aktiviti haram. Hahahaha. Nasib masa itu tiada orang nampak, kalau tidak kena report ni masuk penjara sebab buang sampah dalam sungai. Jadi alhamdulillah. 

Kehadiran Kuliah Minggu 9 (25/5/2022)


Comments

Popular posts from this blog

Podcast